mahu cerita pasal gadis ini.
Kawan?
Lawan?
Gadis itu kawan aku.
Tapi ikhlaskah aku berkawan dengan dia?
Hipokritkah aku?
maafkan aku kawan.
kadang-kadang kau menyakitkan.
benci? belum lagi.
aku masih terima kau sebagai kawan.
perangai kau sukar diubah.
sebab kau pasti akan berkata,
"itu memang aku!"
benar.
itu memang kau.
sebab itu, setiap kata-kata, perbuatan, dan kelakuan kau
aku terima
walau hati geram takmahu meluahkan.
Mungkin kerana aku terima kau sebagai kawan.
Ya,
kerana atas nama kawan
aku takmahu kau terluka
dengan kejujuran aku.
Maafkan aku.
kita masih kawan lagi, bukan?
*senyum sinis*
No comments:
Post a Comment