Pada waktu malam aku menjadi serigala yang comel.
auw~! auw~! :3
krik~ krik~ krik~ =,=
Hari itu aku interview orang. untuk subjek fasiliti sukan.
kerana terlampau terdesak aku pilih kelab sukan yang dahulu aku sangat suka pergi.
hampir 6 tahun aku berhenti daripada sukan itu.
Aku ingat jurulatih itu sudah lupa
akan aku yang selalu buat onar.
mana kan tidak,
dahulu aku dengan dunia sendiri.
dan, ya!
kerana faktor kawan aku berhenti.
kini, aku makin gila dengan sukan itu.
Aku mahu pergi jauh,
jauh sehingga aku ada nama.
Jurulatih itu, sehingga sekarang tahu nama aku.
Ya, dia tahu nama aku!
Aku sangat bersyukur.
kerana aku ingat aku hanya menjadi bayangan
pada setiap nyawa yang aku singgah.
tapi nampaknya aku 45 darjah silap.
Masih ada nyawa yang menghargai bayangan aku.
Terima kasih, jurulatih.
terima kasih.
nota pada diri: sedar lah! kau bukan angin yang berlalu pergi entah kemana. Kau masih ada peluang. kau masih ada. jangan mengalah, wahai jantung yang berdenyut. Setiap langkah ada harapan. :)
No comments:
Post a Comment