Meniti waktu demi hari hari,
Ku lihat perasaan terawangan kembali,
Mungkin hanya perasaan atau satu jiwa,
Ku harap itu kekal satu perasaan tanpa isi yang tiada.
Jauhkan dia daripada aku,
Perasaan itu terus bersarang dan lagi,
Dengan kehadiran dia buat aku lagi kaku,
Cukup aku tak mahu melebihi tahap ini.
Sampai saatnya nanti,
Dia akan pergi atau aku yang pergi,
Menjadi persinggahan yang sementara,
Dan aku masih mampu hidup tanpa dia.
No comments:
Post a Comment